Sunday, April 17, 2016

PERMASALAHAN "DI MANA ALLAH?"




               Wahhabi al-Istiwa’ Allah 
 Nukilan : Mohd Hairi Nonchi*
(*Petikan daripada Buku beliau "Menyingkap 61 Fakta Mengenai Wahhabi" (m.s 61-95)
"Orang kata Wahhabi ialah mereka yang menetapkan (ithbat) sifat al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy di atas langit tanpa takwil. "

Penjelasan
Jika demikian takrifan Wahhabi, maka Imam asy-Syafi’e rahimahullah (204H) bersama para generasi Salafus Soleh seluruhnya adalah Wahhabi  kerana bersepakat dalam menetapkan sifat al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy di atas langit tanpa takwil dan tanpa tasybih.  Berkata Imam asy-Syafi’e rahimahullah dalam muqaddimah kitab al-Risalah (tahqiq: Ahmad Syakir), ms. 7-8:
والحمد لله ...... الذي هو كما وصف نفسه، وفوق ما يصفه به خلقه.
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah ……Dia adalah seperti yang disifatkan terhadap diri-Nya dan Dia mengatasi dengan sifat-Nya atas makhluk-Nya.
Imam asy-Syafi’e rahimahullah berkata lagi:
اَلْقَوْلُ فِيْ السُّنَّةِ الَّتِيْ أَنَا عَلَيْهَا وَرَأَيْتُ عَلَيْهَا الَّذِيْنَ رَأَيْتُهُمْ مِثْلُ سُفْيَانَ وَمَالِكٍ وَغَيْرِهِمَا الْإِقْرَارُ بِشَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلَ اللهِ، وَأَنَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ فِيْ سَمَائِهِ.
Maksudnya:
Akidah yang saya yakini dan diyakini oleh orang-orang yang pernah aku temui seperti Sufyan (ats-Tsauri), Malik (bin Anas) dan selainnya adalah menetapkan syahadah (penyaksian) bahawa tidak ada sesembahan yang berhak diibadahi kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah (pesuruh Allah) dan bahawasanya Allah di atas ‘Arasy-Nya, yakni di atas langitnya. [Adab asy-Syafi’i wa Manaqibuhu oleh Ibnu Abi Hatim, ms. 93]
Imam al-Lalika’i rahimahullah (418H) menyatakan di dalam kitabnya Syarh Ushul al-I’tiqad, ms. 387-388:
وقال عز وجل (يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ) وقال: (أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأرْضَ) وقال : (وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً) فدلت هذه الآيات أنه تعالى في السماء وعلمه بكل مكان من أرضه وسمائه . وروى ذلك من الصحابة : عن عمر ، وابن مسعود ، وابن عباس ، وأم سلمة ومن التابعين : ربيعة بن أبي عبد الرحمن ، وسليمان التيمي ، ومقاتل بن حيان وبه قال من الفقهاء : مالك بن أنس ، وسفيان الثوري ، وأحمد بن حنبل
Maksudnya:
Dan Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: ‘Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh dinaikkan-Nya’ (surah Fathir, ayat 10). ‘Apakah kamu merasa aman terhadap (Allah) yang di langit yang menjungkir-balikkan bumi beserta kamu sekalian, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang’  (surah al-Mulk, ayat 16). ‘Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga’ (surah al-An’am, ayat 61). Maka ayat-ayat ini menunjukkan bahwasanya Allah Ta’ala berada di atas langit dan ilmu-Nya berada di setiap tempat di bumi dan langit-Nya. Dan diriwayatkan hal itu dari kalangan sahabat (seperti) ‘Umar, Ibnu Mas’ud, Ibnu ‘Abbas, Ummu Salamah dan dari kalangan tabi’iin (seperti) Rabi’ah bin Abi ‘Abdir Rahman, Sulaiman at-Taimi, Muqatil bin Hayyan dan dengannya dikatakan oleh para fuqaha’ (seperti) Malik bin Anas, Sufyan ats-Tsauri dan Ahmad bin Hanbal.
Penetapan Imam asy-Syafi’e rahimahullah dan para ulamak Salafus Soleh terhadap keberadaan Allah di atas langit dan beristiwa’ di atas ‘Arasy-Nya adalah berdasarkan kepada beberapa ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam seperti berikut:
1)     Surah al-Mulk, ayat 16.
2)     Surah al-Isra’, ayat 42.
3)      Surah Fatir, ayat 10.
4)      Surah al-Fusilat, ayat 11.
5)      Surah Taha, ayat 5.
6)      Surah al-Ma’arij, ayat 3-4.
7)      Surah as-Sajadah, ayat 4.
Mu’awiyah bin al-Hakam as-Sulami radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita:
أَيْنَ الله؟ قَالَتْ فِى السِّمَاءِ قَالَ: مَنْ أَنَا؟ قَالَتْ: أَنْتَ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.
Maksudnya:
Di manakah Allah? Hamba itu menjawab: Di atas langit. Baginda bertanya lagi: Siapakah saya? Hamba itu menjawab: Anda Rasulullah. Maka bersabda baginda: Bebaskanlah dia kerana sesungguhnya dia adalah seorang yang beriman.
Hadis ini dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya (no. 537), Abu Daud (no. 930), al-Nasa’i dalam Sunan an-Nasa’i (no. 1218), Abu ‘Awanah (2/141) Ahmad dalam al-Musnad (no. 7906), ad-Darimi (1/353-354) Ibnu Hibban dalam Shahihnya (no. 165, 2274), Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf (no. 30333), al-Baihaqi (2/249-250), Imam asy-Syafi’e dalam al-‘Umm 5/280 dan ar-Risalah, no. 242 dan lain-lain yang banyak jumlahnya.
Dalam memberikan komentarnya ke atas hadis di atas, Imam adz-Dzahabi asy-Syafi’e rahimahullah (748H) berkata: Hadis ini sahih. Dikeluarkan oleh Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i dan imam-imam lainnya dalam kitab-kitab mereka dengan memperlakukannya sebagaimana datangnya tanpa takwil dan tahrif. [al-’Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim (tahqiq ‘Abdullah bin Shalih al-Barrak), 1/249]
Meskipun telah jelas kesahihan hadis di atas menurut penilaian para ulamak hadis, namun golongan sesat seperti golongan al-Jahmiyyah, al-Muktazilah dan selainnya tetap sahaja menolaknya dengan pelbagai alasan. Penolakan ini dilakukan demi menyelamatkan akidah batil mereka yang menafikan keberadaan Allah di atas langit dan beristiwa’ di atas ‘Arasy-Nya.  Dalam hal ini, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (1420H) menjelaskan:
وهذا الحديث صحيح بلا ريب لا يشك في ذلك إلا جاهل أو مغرض من ذوي الأهواء الذين كلما جاءهم نص عن رسول الله يخالف ما هم عليه من الضلال حاولوا الخلاص منه بتأويله بل تعطيله، فإن لم يمكنهم ذلك حاولوا الطعن في ثبوته كهذا الحديث فإنه مع صحة إسناده وتصحيح أئمة الحديث إياه دون خلاف بينهم فيما أعلمه.
Maksudnya:
Hadis ini sahih dengan tiada keraguan. Tidak ada yang ragu atas hal itu kecuali orang jahil atau pengekor hawa nafsu yang setiap kali datang kepada mereka dalil dari Rasulullah yang menyelisihi keyakinan sesat mereka, maka mereka pun langsung berusaha membebaskan diri darinya dengan mentakwil bahkan meniadakannya. Dan apabila mereka tidak mampu, maka mereka berupaya untuk mementahkan keabsahannya seperti hadis ini yang sahih sanadnya dan disahihkan oleh seluruh ulamak Ahli Hadis tanpa ada perselisihan pendapat di kalangan mereka sepanjang yang saya ketahui. [Mukhtashar al-‘Uluw, ms. 82]
Hadis ini menjadi dalil yang sangat jelas bahawa menetapkan Allah di atas langit merupakan akidah yang benar di sisi ajaran Islam. Sekiranya penetapan ini merupakan keyakinan yang salah dan bercanggah dengan ajaran Islam, pastilah Rasulullah tidak akan bertangguh-tangguh untuk menegur dan seterusnya membetulkan semula jawapan yang dilontarkan oleh wanita hamba tersebut. Kaedah ada menyebut:
تَأْخِيْرُ الْبَيَانِ عَنْ وَقْتِ الْحَاجَةِ لَا يَجُوْزُ.
Menunda keterangan pada waktu (keterangan itu) diperlukan tidak boleh.
Walau bagaimanapun, apa yang berlaku ialah baginda tetap membenarkan sahaja jawapan wanita tersebut, malah mengiktirafnya sebagai seorang mukminah, iaitu wanita yang memiliki keimanan yang mantap lagi sempurna.  Sehubungan dengan hal ini, Imam adz-Dzahabi asy-Syafi’e rahimahullah (748H) berkata:
وهكذا رأينا كل من يسأل: أيْن الله ؟ يبادر بفطرته ويقول: في السماء. ففيْ الْخبر مسألتان: إحداهما: مشروْعية قول الْمسْلم أيْن الله؟ وثانيها: قول المَسؤول: في السماء. فمن أنكر هاتين المسألتين فإنما ينكر على المصطفى.
Maksudnya:
Demikian kita melihat setiap orang yang ditanya: Di mana Allah?, nescaya dia akan menjawab dengan fitrahnya: Allah di atas langit. Dalam hadis ini terdapat dua masalah: Pertama, disyariatkannya pertanyaan kepada seorang muslim: Di mana Allah? Kedua, jawapan orang yang ditanya pertanyaan tersebut: Di atas langit. Barangsiapa yang mengingkari dua masalah ini, maka bererti dia mengingkari al-Musthafa (Nabi). [Mukhtasar al-’Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, ms. 81]
Penjelasan Imam adz-Dzahabi asy-Syafi’e di atas bahawa disyariatkan bertanya “Di mana Allah?” diperkuatkan lagi dengan atsar berikut:
عَنْ أَبِيْ رَزِيْنٍ، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ! أَيْنَ كَانَ رَبُّنَا قَبْلَ أَنْ يُخْلُقَ خَلْقَهُ ؟ قَالَ: كَانَ فِيْ عَمَاءٍ مَاتَحْتَهُ هَوَاءٌ، وَمَا فَوْقَهُ هَوَاءٌ وَمَا ثُمَّ خَلْقٌ، عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ.
Maksudnya:
Dari Abu Razin, dia berkata: “Aku pernah bertanya: ‘Wahai Rasulullah, di mana Allah sebelum menciptakan makhluk-Nya?’. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab:  ‘Dia (Allah) berada di atas awan, tidak ada udara di bawahnya mahupun di atas, tidak ada makhluk di sana. Adapun ‘Arasy-Nya berada di atas air.” [Atsar riwayat at-Tirmidzi, no. 2108, Ibnu Majah, no. 182, Ibnu Abi ‘Ashim 1/271/612 dan lain-lain. Lihat Silsilah al-Ahadith ash-Shahihah 4/469]
Perhatikan juga hadis-hadis dan atsar-atsar berikut yang menunjukkan keberadaan Allah di atas langit dan beristiwa’ di atas ‘Arasy-Nya:
  1. Imam Abu Daud as-Sajastani rahimahullah (275H) meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
وَالْعَرْشُ فَوْقَ الْمَاءِ، وَاللهُ فَوْقَ عَرْشِهِ، وَهُوَ يَعْلَمُ مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ.
Maksudnya:
            ‘Arasy itu berada di atas air dan Allah di atas ‘Arasy. Allah mengetahui keadaan kamu.  
  1. Imam at-Tirmidzi rahimahullah  (279H) meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
إِرْحَمُوْا مَنْ فِيْ الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِيْ السَّمَاءِ.
Maksudnya:
            Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu akan disayangi oleh (Allah) yang di langit.
  1. Imam al-Bukhari rahimahullah (194H) meriwayatkan bahawa Zainab radhiallahu ’anha berkata kepada para isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang lain:
زَوَّجَكُنَّ أَهَالِيْكُنَّ وَزَوَّجَنِي اللهُ مِنْ فَوْقَ سَبْعٍ سَمَوَاتٍ.
Maksudnya:
            Kamu semua dinikahkan oleh keluarga kamu tetapi saya dinikahkan oleh Allah di atas tujuh langit.
  1. Imam al-Baihaqi rahimahullah (458H) dan Imam ‘Utsman bin Sa’id ad-Darimi rahimahullah (280H) meriwayatkan bahawa Abu Bakar ash-Shiddiq radhiallahu ’anhu berkata:
مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمَّدً فَإِنَّ مُحَمَّدً قَدْمَاتَ، وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللهَ فَإِنَّ اللهَ فِيْ السَّمَاءِ حَيٌّ لَا يَمُوْتُ.
Maksudnya:
            Sesiapa yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad telah pun wafat dan sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah di atas langit, Dia Maha Hidup dan tidak mati.
  1. Imam ath-Thabrani rahimahullah (360H) dan selainnya meriwayatkan bahawa ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’anhu berkata:
مَا بَيْنَ السَّمَاءِ الْقُصْوَى وَالْكُرْسِيِّ خَمْسُمَائِهِ عَامٍ، وَبَيْنَ الْكُرْسِيِّ وَالْمَاءِ كَذَلِكَ، وَالْعَرْشُ فَوْقَ الْمَاءِ وَاللهُ فَوْقَ الْعَرْشِ، وَلَا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ مِنْ أَعْمَالِكُمْ.
Maksudnya:
            Jarak di antara langit yang paling tinggi dengan Kursy adalah perjalanan 500 tahun (perjalanan) dan di antara Kursy dengan air juga demikian. ‘Arasy di atas air dan Allah di atas ‘Arasy dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi kepada-Nya daripada amal perbuatan kamu.
  1. Imam Ibnu Abi Syaibah rahimahullah (235H) meriwayatkan sebuah atsar yang sahih seperti berikut:
حدثنا وكيع عن إسماعيل عن قيس قال : لما قدم عمر الشام استقبله الناس وهو على البعير فقالوا : يا أمير المؤمنين لو ركبت برذونا يلقاك عظماء الناس ووجوههم ، فقال عمر : لا أراكم ههنا ، إنما الامر من هنا - وأشار بيده إلى السماء .
Maksudnya:
Telah menceritakan kepada kami Waki’, dari Isma’il, dari Qais, dia berkata: Ketika ‘Umar baru datang dari Syam, orang-orang menghadap kepadanya di mana pada waktu itu dia masih berada di atas unta tunggangannya. Mereka berkata: “Wahai Amirul Mukminin, jika engkau mengendarai kuda tunggangan yang tegak, nescaya para pembesar dan tokoh-tokoh masyarakat akan menemuimu”. Maka ‘Umar menjawab: “Tidakkah kalian lihat, bahawasanya perintah itu datang dari sana? – Dan dia (‘Umar) berisyarat dengan tangannya ke (arah) langit.
Tidaklah seseorang itu menolak sifat ketinggian (al-‘Uluw) Allah Subhanahu wa Ta’ala melainkan mereka yang mengikuti dan mewaris akidah Firaun laknatullah. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
tA$s%ur ãböqtãöÏù ß`»yJ»yg»tƒ Èûøó$# Í< %[n÷Ž|À þÌj?yè©9 à÷è=ö/r& |=»t7óF{$# ÇÌÏÈ   |=»t7ór& ÏNºuq»yJ¡¡9$# yìÎ=©Ûr'sù #n<Î) Ïm»s9Î) 4ÓyqãB ÎoTÎ)ur ¼çmZàßV{ $\/É»Ÿ2
Maksudnya:
Dan berkata Firaun: “Wahai Haman, buatkanlah untukku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu (iaitu) pintu-pintu langit, lalu aku melihat Ilah (Tuhan) Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta. [Surah Ghafir, ayat 36-37]
Berkata Imam Muhammad Ibnu Jarir ath-Thabari rahimahullah (310H) ketika menafsirkan ayat di atas:
وَقَوْلُهُ: وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا، يَقُوْلُ: وَإِنِّي لَأَظُنُّ مُوْسَى كَاذِبًا فِيْمَا يَقُوْلُ وَيَدَّعِيْ مِنْ أَنَّ لَهُ قِي السَّمَاءِ رَبًّا أَرْسَلَهُ إِلَيْنَا.
Maksudnya:
Dan katanya (Firaun): Sesungguhnya aku menyangka Musa penipu. Maksudnya Firaun berkata: Sesungguhnya aku menyangka Musa penipu apabila dia mengatakan dia mempunyai Tuhan di atas langit yang mengutuskannya kepada kita. [Tafsir ath-Thabari 21/387]

Apa kata para ulamak Syafi’iyyah?
Imam Abu ‘Utsman Isma’il bin ‘Abdur Rahman ash-Shabuni rahimahullah (449H) menyatakan di dalam kitabnya ‘Aqidatus Salaf Ash-habil Hadith:
وإنما احتج الشافعي رحمة الله عليه على المخالفين في قولهم بجواز إعتاق الرقبة الكافرة بهذا الخبر، لا عتقاده أن الله سبحانه فوق خلقه، وفوق سبع سماواته على عرشه، كما معتقد المسلمين من أهل السنة والجماعة، سلفهم وخلفهم، إذ كان رحمه الله لا يروي خبرا صحيحا ثم لا يقول به.
Maksudnya:
Asy-Syafi’e – semoga rahmat Allah ke atasnya – berhujah terhadap para penentang yang menyatakan bolehnya memerdekakan hamba kafir dengan khabar (hadis) ini kerana keyakinan beliau bahawa Allah di atas makhluk-makhluk-Nya dan di atas tujuh langit di atas ‘Arasy-Nya sebagaimana keyakinan kaum muslimin Ahlus Sunnah wal Jama’ah baik yang terdahulu (generasi Salaf) mahupun yang kemudian (generai Khalaf) kerana beliau tidaklah meriwayatkan khabar (hadis) yang sahih kemudian tidak berpendapat dengan (hadis) tersebut.



Imam Ibnu Mandah rahimahullah (395H) meriwayatkan di dalam kitab Tarikhnya bahawa Imam al-Muzani asy-Syafi’e rahimahullah (263H) berkata:
لايصح لأحد توحد حتي يعلم أن الله على العرش بصفاته.
Maksudnya:
Tidak sahih tauhid seseorang sehinggalah dia mengetahui bahawasanya Allah di atas ‘Arasy dengan sifat-sifat-Nya. [al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim karya adz-Dzahabi 1/183]
Al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin Ibrahim al-Isma’ili asy-Syafi’e rahimahullah (371H) berkata:
وأنه عز وجل استوى على العرش بلا كيف، فإن الله تعالى أنها إلى أنه استوى على العرش، ولم يذكر كيف كان استواوه.
            Maksudnya:
Dan sesungguhnya Dia ‘Azza wa Jalla istiwa’ di atas ‘Arasy tanpa kaifiyyat (yang diketahui). Sesungguhnya Allah mengkhabarkan setakat itu sahaja iaitu Dia istiwa’ di atas ‘Arasy. Dia tidak menyebut kaifiyyat (bagaimana) istiwa’-Nya itu. [I’tiqad Ahlus Sunnah, ms. 36]
            Imam Abu Bakar Muhammad al-Husain al-Ajurri asy-Syafi’e rahimahullah (360H) menyusun satu bab dalam kitabnya yang disebut oleh beliau sebagai:
باب ذكر السنن التي دلت العقلاء على أن الله عز وجل على عرشه فوق سبع سموات وعلمه محيط بكل شيء لا يخفى عليه شيء في الأرض ولا في السماء.
            Maksudnya:
            Bab menyebut sunnah-sunnah yang menjadi petunjuk bagi orang-orang yang berakal bahawasanya Allah ‘Azza wa Jalla di atas ‘Arasy-Nya di atas langit ketujuh dan ilmu-Nya meliputi segala sesuatu. Tidak tersembunyi bagi-Nya segala sesuatu sama ada di bumi dan juga di langit. [asy-Syari’ah, ms. 303]
Berkata Imam al-Baihaqi asy-Syafi’e rahimahullah (458H) di dalam kitabnya al-Asma’ wa as-Sifat 2/308 (secara ringkas dan berpisah-pisah):
والآثار عن السلف في مثل هذا كثيرة. وعلى هذه الطريق يدل مذهب الشافعى رضى الله عنه، وإليها ذهب أحمد بن حنبل...
وذهب أبو الحسن علي بن محمد بن مهدي الطبري في آخرين من أهل النظر إلى أن الله تعالى في السماء فوق كل شيء مستو على عرشه بمعنى أنه عال عليه، ومعنى الاستواء الا عتلاء، كما يقول استو يت على ظهر الدابة: واستويت على السطح. بمعنى علوته، واستوت الشمس على رأسي.
Maksudnya:
Dan atsar dari Salaf seperti hal ini (iaitu bahawasanya Allah beristiwa’ di atas ‘Arasy) banyak. Dan mazhab Syafi’e menunjukkan di atas jalan ini, dan ini mazhab Ahmad bin Hanbal. 
Dan Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Mahdi ath-Thabari rahimahullah dan juga para ahli nadzor bahawasanya Allah ta’ala di langit di atas segala sesuatu, beristiwa’ di atas ‘Arasy-Nya, iaitu maknanya Allah di atas ‘Arasy.
Dan makna istiwa’ adalah tinggi di atas sebagaimana jika dikatakan: “aku beristiwa’ di atas haiwan”, “aku beristiwa’ di atas atap”, maknanya iaitu aku tinggi di atasnya, seperti juga halnya “matahari beristiwa’ di atas kepalaku”.
Manakala di dalam kitabnya al-I’tiqad wa al-Hidayah Ila Sabil al-Rasyad (tahqiq: Abul ‘Ainain), Dar al-Fadhilah, cetakan pertama Bab: al-Qaul Fi al-Istiwa’, ms. 116 Imam al-Baihaqi asy-Syafi’e rahimahullah menyebut:
وأراد من فوق السماء، كما قال: ولأصلبنكم في جذوع النخل، يعني على جذوعالنخل وقال: فسيحا في الأرض، يعني على الأرض، وكل ما علا فهو سماء، والعرش أعلى السموات فمعني الآية – و الله أعلم – أأمنتم من على العرش...
Maksudnya:
Dan maksud Allah adalah Dia di atas langit, sebagaimana firman-Nya “Dan sungguh aku akan menyalib kamu di pangkal kurma”, iaitu di atas pangkal kurma. Dan Allah berfirman “Berjalanlah kamu di bumi”, maksudnya adalah di atas muka bumi. Dan setiap yang di atas maka dia adalah sama’. Dan ‘Arasy adalah yang tertinggi dari benda-benda yang di atas. Maka makna ayat – wallahua’lam – adalah “Apakah kamu merasa aman dari Dzat yang berada di atas ‘Arasy ?.
Imam al-Baihaqi rahimahullah juga meriwayatkan sebuah atsar dengan sanad yang sahih daripada ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ’anhu sebagaimana berikut:
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال : ما بين السماء القصوى والكرسي خمسمائة عام، وبين الكرسي والماء كذلك، والعرش فوق الماء، والله فوق العرش، ولا يخفى عليه شيء من أعمالكم.
Maksudnya:
Dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu, dia berkata: Jarak antara langit yang paling tinggi dengan kursi adalah lima ratus tahun. Begitu juga jarak antara kursi dengan air. Dan ‘Arsy berada di atas air. Dan Allah di atas ‘Arsy. Tidak ada sesuatu pun tersembunyi atas-Nya dari amal-amal kamu. [al-‘Arsy (tahqiq: Prof. Muhammad bin Khalifah at-Tamimi) 2/129]
Imam Ibnu Khuzaimah asy-Syafi’e rahimahullah (311H) berkata ketika menafsirkan firman Allah dalam surah an-Nahl, ayat 49-50:
فأعلمنا الجليل جل و على في هذه الآية أن ربنا فوق ملا ئكته، وفوق ما في السماوات وما في الأرض من دابة، وأعلمنا أن ملائكه يخافون ربهم الذي فوقهم.
Maksudnya:
Maka Allah Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi memberitahukan kepada kita dalam ayat ini bahawa Tuhan kita berada di atas para Malaikat-Nya, dan berada di atas segala yang ada di langit dan di bumi berupa makhluk melata. Dan (Allah) mengkhabarkan kepada kita bahawa para Malaikat takut terhadap Tuhan mereka yang berada di atas mereka. [Kitab at-Tauhid wa Ithbat Sifat ar-Rabb ‘Azza wa Jalla, ms. 111]
Katanya lagi dalam kitab yang sama ketika mengkritik golongan yang mentakwilkan sifat al-Istiwa’ Allah sebagai al-Istaula’ (menguasai):
فنحن نؤمن بخبر الله جل و علا أن خالقنا مستو على عرشه، لا نبدل كلام الله ولا نقول قول لا غير الذى قيل لنا كما قالت المعطلت الجهمية: إنه استولى على عرشه لا استوى. فبدلوا قو لا غير الذى قيل لهم كفعل اليهود لما أمروا أن يقولوا حطة، فقالوا حنطة مخالفين لأمر الله جل و علا.
Maksudnya:
Kami beriman dengan khabar dari Allah Jalla wa ‘Ala sesungguhnya Pencipta kami (Allah), Dia istiwa’ di atas ‘Arasy-Nya. Kami tidak akan mengganti / mengubah Kalam (firman) Allah dan kami tidak akan mengucapkan perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada kami sebagaimana (golongan) yang menghilangkan sifat-sifat Allah. Jahmiyyah telah berkata: ‘Sesungguhnya Dia (Allah) istaula’ (menguasai) ‘Arasy-Nya, tidak istiwa’.
Maka mereka telah menggantikan perkataan yang tidak pernah dikatakan (oleh Allah) kepada mereka seperti perbuatan Yahudi ketika mereka diperintah mengucapkan: ‘Hiththatun’ (ampunkanlah dosa-dosa kami), tetapi mereka (mengubah perkataan itu dengan) mengucapkan: ‘Hinthah’ (gandum). Mereka (kaum Yahudi) telah menyalahi perintah Allah Yang Maha Besar dan Maha Tinggi. Seperti itulah Jahmiyyah.  [Kitab at-Tauhid wa Ithbat Sifat ar-Rabb ‘Azza wa Jalla, ms. 101.]


Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani asy-Syafi’e rahimahullah (852H) menyatakan di dalam kitabnya Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari:
وأخرج البيهقي بسند جيد عن الأوزعي قال: كنا والتابعون متوافرون نقول إن الله على عرشه ونؤمن بما وردت به السنة من صفاته.
Maksudnya:
Dan dikeluarkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang baik dari al-Auza’i (dia) berkata: Kami dan para tabi’in mengatakan bahawasanya Allah di atas ‘Arasy-Nya dan kami beriman dengan apa yang telah terbukti daripada sunnah tentang sifat-sifat-Nya.
ومن طريق أبى بكر الضبعي قال: مذهب أهل السنة في قوله الرحمن على العرش استوى قال بلا كيف والآثر فيه عن السلف كثيرة، وهذه طريقة الشافعي وأحمد بن حنبل، وقال الترمذي في الجامع عقب حديث أبي هريرة في النزول وهو على العرش كماوصف به نفسه في كتابه.
Maksudnya:
Daripada jalan Abi Bakar adh-Dhuba’i (dia) berkata (bahawa iktikad) Ahlus Sunnah tentang firman-Nya: “ar-Rahman istiwa’ di atas ‘Arasy”, dia berkata: “Tanpa dibagaimanakan. Atsar mengenainya sangatlah banyak daripada para Salaf. Inilah cara (Imam) asy-Syafi’e dan (Imam) Ahmad bin Hanbal (memahaminya).” (Imam) at-Tirmidzi berkata dalam kitab al-Jami’ sesudah hadis Abu Hurairah tentang (sifat) an-Nuzul (Turun Allah ke langit dunia): “Allah di atas ‘Arasy seperti yang telah Dia sifatkan sendiri tentang Diri-Nya dalam kitab-Nya (al-Qur’an).” [Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari, 13/497-498]
            Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali asy-Syafi’e rahimahullah (505H) menulis di dalam kitabnya, Ihya’ Ulum ad-Din 1/121 (secara ringkas dan berpisah-pisah):
وأنه مستو على العرش.
Maksudnya:
Sesungguhnya Dia beristiwa’ di atas ‘Arasy.
 وهو فوق العرش والسماء و فوق كل شيئ.
Maksudnya:
Sesungguhnya Dia di atas ‘Arasy dan langit dan di atas segala sesuatu.
بل هو رفيع الدرجات عن العرش والسماء.
Maksudnya:
Bahkan Dia sangat tinggi kedudukannya daripada ‘Arasy dan langit.

Hukum bagi orang yang mengingkari Allah di atas langit.
Imam Abu ‘Ustman Isma’il bin ‘Abdur Rahman ash-Shabuni rahimahullah (449H) menulis di dalam kitabnya ‘Aqidatus Salaf wa Ash-habil Hadith, ms. 44 (secara ringkas dan berpisah-pisah):
ويعتقد أصحاب الحديث و يشهدون أن الله فوق سبع سمواته، على عرشه، كما نطق به كتابه... وعلماء الأمة و أعيان الأئمة من السلف – رحمهم الله – لم يختلفوا في أن الله على عرشه، و عرشه فوق سمواته.
Maksudnya:
Para ahli hadis berkeyakinan dan bersaksi bahawa Allah di atas langit yang tujuh di atas ‘Arasy-Nya sebagaimana tertuang dalam al-Kitab (al-Qur’an)... Para ulamak dan pemuka umat dari generasi Salaf tidak berselisih bahawasanya Allah di atas ‘Arasy-Nya dan ‘Arasy-Nya berada di atas langit-Nya.
Katanya lagi dalam kitab yang sama:
من لم يقل  بأن الله عز وجل على عرشه، فوق سبع سمواته، فهو كافر بربه، حلال الدم، يستتاب فإن تاب وإلا ضربت عنقه، وألقي على بعض المزابل حتى لا يتأذى المسلمون ولا المعاهدون بنتن رائحة جيفته، وكان ماله فيئا لا يرثه أحد من المسلمين، إذ المسلم لا يرث الكافر.
Maksudnya:
Sesiapa yang tidak berkata (menetapkan) bahawa Allah ‘Azza wa Jalla berada di atas ‘Arasy-Nya, maka dia telah kafir kepada Rabbnya, halal darahnya (dan dia) diminta bertaubat. Sekiranya dia enggan bertaubat, maka dipenggal lehernya, lalu bangkainya dicampakkan ke pembuangan sampah agar kaum muslimin dan orang-orang mu’ahad tidak terganggu oleh bau busuk bangkainya. Hartanya dianggap fai’ (harta rampasan perang), tidak halal diwarisi oleh seorang muslim pun kerana seorang muslim tidak mewarisi harta orang kafir.
Kafirnya seseorang yang mengingkari Allah di atas langit dan istiwa’ di atas ‘Arasy-Nya juga merupakan pandangan para imam mazhab Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang muktabar, antaranya ialah Imam Abu Hanifah rahimahullah (150H). Beliau berkata:
من أنكر أن الله عز وجل في السماء فقد كفر.
Maksudnya:
Sesiapa yang mengingkari bahawa Allah ‘Azza wa Jalla berada di atas langit, maka dia telah kafir. [Mukhtashar al-‘Uluw li al-‘Aliy al-Ghaffar, no. 119 (tahqiq oleh Syaikh al-Albani) dan Syarh al-‘Aqidah ath-Thahawiyyah, ms. 386 (tahqiq dan ta’liq oleh Syaikh Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abdullah bin ‘Abdil Muhsin at-Turki]
Demikian beberapa pernyataan para ulamak bermazhab Syafi’e mengenai kesepakatan mereka dalam menetapkan kesemua sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Catatan Tambahan.
Dalam rangka menolak sifat al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy di atas langit, para pengingkar sifat Allah khususnya dari golongan al-Jahmiyyah dan al-Muktazilah serta sebahagian kelompok al-Asya’irah menimbulkan keraguan bahawa dengan menetapkan sifat tersebut bererti menetapkan sifat bertempat bagi Allah, hal yang mana merupakan salah satu daripada sifat-sifat makhluk. Walau bagaimanapun keraguan ini dapat dihilangkan dengan merujuk kepada dua hujah berikut:

Hujah #1
Dakwaan bahawa dengan menetapkan sifat al-Istiwa’ bagi Allah bererti menetapkan sifat bertempat bagi-Nya hanyalah merupakan rumusan mereka yang sememangnya gemar mengunggulkan logik akal di atas nas. Ini seumpama menetapkan sifat mendengar bagi Allah, adakah ia bererti menetapkan Allah sebagai Dzat yang memiliki telinga untuk mendengar sebagaimana makhluk-Nya? Sudah tentu tidak.
Demikian juga nas yang mengkhabarkan keberadaan Allah di atas langit dan beristiwa’ di atas ‘Arasy-Nya, ia tidaklah bererti menetapkan Allah sebagai Dzat yang diliputi oleh sesuatu ruang atau tempat sebagaimana yang berlaku ke atas makhluk-Nya. Sehubungan dengan hal ini, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (1420H) berkata:
أن المراد منها هو معنى معروف ثابت لائق به تعالى ألا وهو علوه سبحانه على خلقه، وستواؤه على عرشه، على ما يليق بعظمته، وأنه مع ذلك ليس في جهة ولا مكان، إذ هو خالق كل شيء.
Maksudnya:
Pengertian darinya ialah makna yang jelas diketahui tepat lagi sesuai bagi Allah Ta’ala tidak lain melainkan Dia ketinggian-Nya Maha Suci-Nya atas ciptaan-Nya dan istiwa’-Nya di atas ‘arasy-Nya, atas apa yang sesuai dengan keagungan-Nya, yang bagi-Nya tiada arah dan tempat. Dialah pencipta segalanya. [Mukhtashar al-‘Uluw li al-‘Aliyyil Ghaffar, ms. 73-74]
Tidaklah berdegil untuk tetap mengaitkan sifat al-Istiwa’ Allah dengan persoalan ‘tempat’ melainkan orang-orang yang telah sesat keyakinannya dan mereka yang gemar berdusta demi menimbulkan keraguan orang ramai terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Berkata Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (728H) dalam kitabnya, al-‘Aqidah al-Wasithiyyah:
وهو سبحانه فوق العرش، رقيب على خلقه، مهيمن عليهم، مطلع  عليهم، إلى غير ذلك من معاني ربوبيه، وكل هذا الكلام الذي ذكره لله من أنه فوق العرش وأنه معنا: حق على حقيقته، لا يحتاج إلى تحريف، ولكن يصان عن الظنون الكاذبة، مثل: أن يظن أن ظاهر قوله: (في السماء) أن السماء تقله أو تظله، وهذا باطل بإجماع أهل العلم والإيمان.
Maksudnya:
Dan Dia Subhanahu di atas ‘arasy mengawasi makhluk-Nya, menguasai mereka, melihat mereka dan makna-makna al-Rububiyyah-Nya yang lain. Semua ucapan yang disebutkan oleh Allah bahawa Dia di atas ‘arasy dan bahawa Dia bersama kita adalah benar sesuai dengan hakikatnya. (Ucapan-ucapan ini) tidak memerlukan tahrif (dialihkan kepada pengertian lain), akan tetapi ia harus dipelihara sangkaan-sangkaan dusta seperti menyangka bahawa zahir firman-Nya “di langit”, bahawa langit mengangkat-Nya atau menaungi-Nya. Ini adalah batil berdasarkan kesepakatan ahli ilmu dan iman.
Katanya lagi dalam kitab yang lain:
Apabila dikatakan: (Allah) Maha Tinggi (al-‘Uluw), maka ia mencakupi apa yang di atas sekalian makhluk. Namun ini bukan bermaksud bahawa di sana terdapat satu keadaan yang meliputi Dia (Allah) kerana di atas alam ini tidak ada sesuatu pun yang wujud kecuali Allah.
Seterusnya sesiapa yang menimbulkan keraguan berkenaan keadaan Allah di langit dengan makna bahawa langit melingkungi-Nya atau meliputi-Nya, maka dia dikira berdusta dan sesat. Seandainya begitulah iktikad dia terhadap Tuhannya. Tidaklah kami mendengar bahawa ada seorang jua yang memiliki kefahaman sedemikian dengan lafaz sedemikian. Dan tidak juga kami melihat ada seorang jua yang menukilkannya daripada seseorang yang lain. [Bayan Talbis al-Jahmiyyah 1/559]

Hujah # 2
Para ulamak yang menolak sifat bertempat bagi Allah, mereka sendiri menetapkan (ithbat) sifat al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy-Nya. Manhaj ini amat berseberangan dengan para pengingkar sifat Allah yang bukan sahaja menolak sifat al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy, malah juga menafikan apa yang telah ditetapkan oleh para tokoh  yang menjadi ikutan mereka sendiri.
Perhatikan kata-kata Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari rahimahullah (324H), tokoh yang disandarkan kepadanya aliran al-Asya’irah:
وكان يزعم أن البارئ لم يزل، ولازمان قبل الخلق، وأنه على مالم يزل عليه، وأنه مستو على عرشه كما قال، وأنه فوق كل شىئ.
Maksudnya:
Dan Abdullah bin Sa’id menyangka bahawasanya al-Baari (Allah) di zaman azali tanpa ada tempat dan zaman sebelum penciptaan makhluk dan Allah sentiasa berada di atas keadaan tersebut. Dan bahawasanya Allah beristiwa’ di atas ‘Arasy-Nya sebagaimana firman-Nya dan bahawasanya Allah berada di atas segala sesuatu. [Maqalat al-Islamiyyin 1/351]
وَأَنَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ كَمَا قَالَ: الرَّحْمَانُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.
Maksudnya:
Dan bahawasanya Allah di atas ‘Arasy-Nya sebagaimana firman-Nya: Ar-Rahman tinggi di atas ‘Arasy. [al-Ibanah fi Ushul ad-Diyanah (tahqiq oleh Dr. Shalih bin Muqbil at-Tamimi), ms. 405]
وَرَأَيْنَا الْمُسْلِمِيْنَ جَمِيْعًا يَرْفَعُوْنَ أَيْدِيَهُمْ – إِذَا دَعَوْا – نَحْوَ السَّمَاءِ لِأَنَّ اللهَ عَزَّوَجَلَّ مُسْتَوٍ عَلَى الْعَرْشِ الَّذِيْ هُوَ فَوْقَ السَّمَاوَاتِ، فَلَوْلَا أَنَّ اللهَ عَلَى الْعَرْشِ لَمْ يَرْفَعُوْا أَيْدِيَهُمْ نَحْوَ الْعَرْشِ.
Maksudnya:
Dan kita melihat  seluruh kaum muslimin apabila mereka berdoa, mereka mengangkat tangannya ke arah langit, kerana memang Allah ‘Azza wa Jalla tinggi di atas ‘Arasy dan ‘Arasy di atas langit. Sekiranya Allah tidak berada di atas ‘Arasy, tentu mereka tidak akan mengangkat tangannya ke arah ‘Arasy.
وَزَعَمَتِ الْمُعْتَزِلَةُ وَالْحَرُوْرِيَّةَ وَالْجَهْمِيَّةُ أَنَّ اللهَ عَزَّوَجَلَّ فِيْ كُلِّ مَكَانٍ، فَلَزِمَهُمْ أَنَّهُ فِيْ بَطْنِ مَرْيَمَ وَ فِيْ الْحُشُوْشِ وَ الْأَخْلِيَةِ، وَهَذَا خِلَافُ الدِّيْنِ، تَعَالَ اللهُ عَنْ قَوْلِهِمْ.
Maksudnya:
Dan kaum al-Muktazilah, al-Haruriyyah dan al-Jahmiyyah beranggapan bahawa Allah ‘Azza wa Jalla berada di setiap tempat. Hal ini melazimkan mereka berada di perut Maryam, tempat (pembuangan) sampah dan tandas. Fahaman ini menyelisihi agama. Maha Suci Allah daripada ucapan mereka. [al-Ibanah fi Ushul ad-Diyanah (tahqiq oleh Dr. Shalih bin Muqbil at-Tamimi), ms. 409-413]




Meluruskan Kekeliruan.
Kekeliruan # 1:
Perkataan mereka: Terdapat riwayat yang menunjukkan Allah tidak memiliki tempat iaitu:
Pertama, perkataan Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu:
وروي أنه سئل رضى الله عنه أين كان ربنا قبل  أن يخلق سماء و أرضا فقال رضى الله عنه أين سؤال عن مكان وكان الله ولا مكان.
Maksudnya: Dan diriwayatkan bahawa (Ali bin Abi Thalib) radhiallahu ‘anhu ditanya: “Di manakah Rabb kami sebelum menciptakan langit dan bumi?” Maka (Ali bin Abi Thalib) radhiallahu ‘anhu berkata: “Mana pertanyaan tentang tempat, padahal Allah dahulu tanpa ada tempat.”
Kedua, perkataan Imam asy-Syafi’e rahimahullah:
إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لا يجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته.
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah ada sedangkan belum ada tempat. Lalu Dia menciptkan tempat. Dia tetap atas sifat-Nya sejak azali, seperti sebelum Dia menciptakan tempat. Mustahil atas-Nya perubahan dalam Dzat-Nya dan pergantian pada sifat-sifat-Nya.” [Ithaf as-Sadah al-Muttaqin 2/24]
Riwayat di atas merupakan dalil yang kuat bagi membantah akidah golongan Wahhabi yang meyakini Allah bertempat di atas langit.

Pelurusan:
Kekeliruan di atas dapat diluruskan dengan tiga poin berikut:
1.      Riwayat tentang penafian Ali bin Abu Thalib radhiallahu ’anhu  terhadap persoalan ‘tempat’ bagi Allah di atas tidak wujud di dalam mana-mana jua kitab Ahlus Sunnah. Apa yang benar, ia merupakan riwayat daripada golongan Syi’ah sebagaimana yang tertuang di dalam kitab al-Kafi 1/90, pada bab باب الكون والمكان tulisan al-Kulani.
2.      Riwayat daripada Imam asy-Syafi’e rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab Ithaf as-Sadah al-Muttaqqin juga adalah tidak sahih. Para ulamak menjelaskan bahawa nukilan kata-kata Imam asy-Syafi’e tersebut tidak memiliki sebarang sanad. Ia juga bercanggah dengan beberapa riwayat yang sahih daripada Imam asy-Syafi’e rahimahullah yang menetapkan sifat al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy di atas langit. Oleh yang demikian, riwayat di atas adalah tertolak.
3.      Berkenaan dengan persoalan ‘tempat’ bagi Allah, ia telah pun dijelaskan pada perbahasan yang lalu. [Lihat semula Catatan Tambahan : Hujah # 1]

Kekeliruan # 2:
Perkataan mereka: “Sebelum langit diciptakan, Allah tidak di atas langit. Begitu jugalah setelah langit diciptakan, Allah tidak di atas langit. Mustahil berlaku perubahan pada sifat-sifat Allah.”

Pelurusan:
Memang benar bahawa tidak berlaku sebarang perubahan pada sifat-sifat Allah. Namun harus diketahui bahawa para ilmuan Islam membahagikan sifat Allah kepada dua kategori iaitu:
1)     Sifat Dzatiyyah, iaitu sifat-sifat yang sentiasa wujud pada Allah seperti as-Sam’u (mendengar), al-Bashar (melihat), al-Qudrah (berkuasa) dan sebagainya.
2)     Sifat Fi’liyyah, iaitu sifat-sifat perbuatan yang hanya berlaku apabila Allah berkehendak melakukannya. Contohnya ialah sifat al-Nuzul (turun), adh-Dhahik (ketawa), al-Ghadhab (marah) dan sebagainya termasuklah sifat al-Istiwa’ Allah.
Kesemua sifat dalam kedua-dua kategori di atas hendaklah diithsbatkan (ditetapkan) tanpa ta’yif (membagaimanakan atau merupa bentuk), ta’thil (mengingkari), tasybih atau tamtsil (menyerupakan atau memisalkan dengan sesuatu) serta takwil (mengubah lafaz dan makna asal kepada lafaz dan makna yang lain). Demikianlah pegangan generasi Salafus Soleh dalam persoalan berinteraksi dengan nas-nas al-Sifat Allah.
Kembali kepada usul perbincangan. Jika sifat al-Istiwa’ Allah hendak ditolak dengan alasan bahawa langit dan ‘Arasy pada asalnya adalah sesuatu yang tidak wujud, maka menjadilah sifat-sifat Allah yang lain juga harus ditolak memandangkan makhluk yang lain juga pada asalnya adalah sesuatu yang tidak wujud. Sebagai contoh ialah sifat Maha Penyayang dan Maha Pengampun Allah. Di sini timbul dua persoalan:
1.      Adakah sebelum kejadian makhluk, Allah tidak memiliki sifat Penyayang?
2.      Adakah sebelum kejadian makhluk, Allah tidak memiliki sifat Pengampun?
Para penentang sifat-sifat Allah tentunya bersetuju bahawa kedua-dua sifat Allah di atas telah sedia wujud sebelum terciptanya para makhluk. Jika demikian halnya, maka soalan seterusnya pula menyusul:
1.      Siapakah yang disayangi oleh Allah padahal sebelum kejadian alam tidak wujud satu pun makhluk untuk disayangi oleh Allah?
2.      Siapakah yang diberi keampunan oleh Allah sedangkan sebelum kejadian alam tidak ada seorang jua yang melakukan dosa lalu bertaubat dan kemudian mendapat keampunan-Nya?
3.      Adakah setelah terciptanya manusia, sifat Allah berubah daripada tidak menyayangi (penzahiran kepada sifat Maha Penyayang) dan mengampuni (penzahiran kepada sifat Maha Pengampun) kepada menyayangi dan mengampuni makhluk-Nya?
Inilah beberapa persoalan, sekaligus merupakan jawapan yang harus direnungi oleh mereka yang gemar bermain dengan akal sehingga berani mempertikaikan sebahagian sifat-sifat Allah. Sikap mereka yang suka mempertikaikan firman Allah dan sabda Rasulullah ini persis dengan sikap kaum Yahudi yang gemar mempermain-mainkan perintah Allah yang disampaikan menerusi Nabi Musa ‘alaihis salam. Kita berlindung daripada memiliki sikap dan pemikiran golongan Yahudi gaya baru ini.
Kekeliruan # 3:
Perkataan mereka: “Disebutkan di dalam kitab Ithaf as-Sadah al-Muttaqin 2/24 bahawa Imam asy-Syafi’e rahimahullah pernah berkata: Sesungguhnya Allah telah ada, sedangkan belum ada tempat. Lalu Dia menciptakan tempat. Dia tetap atas sifat-Nya sejak azali, seperti sebelum Dia menciptakan tempat. Mustahil atas-Nya (berlaku) perubahan dalam dzat-Nya dan pergantian pada sifat-Nya.”

Pelurusan:
            Kekeliruan di atas dapat diluruskan kembali dengan tiga poin berikut:
1.      Kenyataan yang dinisbahkan ke atas Imam asy-Syafi’e rahimahullah di atas tidak memiliki sebarang sanad. Maka dengan sendirinya periwayatan dan hujah di atas adalah tertolak.
2.      Kenyataan di atas juga dilihat bercanggah dengan riwayat yang sahih daripada Imam asy-Syafi’e bahawa beliau telah menetapkan sifat al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy. Ini sebagaimana yang telah dikemukakan pada awal perbincangan bab ini.
3.      Seperti yang telah disentuh sebelum ini, persoalan ‘tempat’ tidak layak untuk dihubungkan dengan Allah memandangkan ia adalah persoalan yang didiamkan oleh al-Qur’an dan juga as-Sunnah Nabi-Nya. Oleh itu sebagai langkah selamat, hendaklah persoalan ini didiamkan juga.

Kekeliruan  # 4:
Perkataan mereka: “Para ulamak menjelaskan bahawa al-Istiwa’ memiliki hampir 15 maksud dan maksud yang paling benar adalah ‘menguasai’ (istaula’) sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah bait syair ‘Arab:
قَدِسْتَوَى بِشْرٌ عَلَى الْعِرَاقِ، مِنْ غَيْرِ سَيْفٍ وَدَمٍ مُهْرَاقِ.
Bisyr telah menguasai Iraq, tanpa menggunakan pedang dan penumpahan darah.

Pelurusan:
Benar bahawa lafaz al-Istiwa’ memiliki banyak maksud. Namun apa yang kami kehendaki adalah maksud menurut tafsiran generasi Salafus Soleh khususnya para sahabat radhiallahu ’anhum. Ini kerana mereka ialah manusia yang paling teguh berpegang kepada sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, sekaligus paling mengerti mengenai makna bagi setiap ayat al-Qur’an yang diajarkan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam kepada mereka.
Amirul Mukminin ‘Umar Ibnu al-Khaththab radhiallahu’anhu pernah berkata:
يَأْتِيْ أُنَاسٌ يُجَادِلُوْنَكُمْ بِشُبُهَاتِ الْقُرْآنِ، خَذُوْهُمْ بِالسُّنَنِ، فَإِنَّ أَصْحَابَ السُّنَنِ أَعْلَمُ بِكِتَابِ اللهِ.
            Maksudnya:
            Akan datang sekelompok manusia yang akan membantah kamu dengan syubhat al-Qur’an. Maka bantahlah mereka dengan as-Sunnah kerana sesungguhnya Ashab as-Sunan (orang-orang yang berpegang teguh kepada as-Sunnah) lebih mengerti tentang Kitabullah.  [Riwayat Imam al-Ajurri dalam asy-Syari’ah, no. 93]
Justeru siapakah barisan manusia di muka bumi ini yang paling kuat ‘menggigit’ sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kalau bukan para sahabat radhiallahu ’anhum? Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (728H) pernah berkata:
من عدل عن مذاهب الصحابة والتابعين وتفسيرهم إلى ما يخالف ذلك كان مخطئا في ذلك، بل مبتدعا، وإن كان مجتهدا مغفوراله خطؤه. ونحن نعلم أن القرآن قرأه الصحابة والتابعون وتابعوهم، وأنهم كانوا أعلم بتفسيره ومعانيه كما أنهم أعلم بالحق الذي بعث الله به رسوله.
Maksudnya:
Sesiapa yang berpaling dari mazhab para sahabat dan tabi’in dan penafsiran mereka kepada yang menyelisihinya, maka dia telah salah bahkan (layak digelar) Ahli Bid’ah. Jika dia sebagai (ulamak yang mencapai taraf sebagai) mujtahid, maka kesalahannya akan diampuni. Dan kita mengetahui bahawa al-Qur’an telah dibaca oleh para sahabat, tabi’in dan yang mengikuti mereka, dan sungguh mereka lebih mengetahui tentang penafsiran al-Qur’an dan makna-maknanya sebagaimana mereka lebih mengetahui tentang kebenaran yang dengannya Allah mengutus Rasul-Nya. [Majmu’ al-Fatawa oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah, 13/361-361]
            Kembali kepada perbincangan mengenai maksud al-Istiwa’. Menurut generasi Salafus Soleh, al-Istiwa’ dapat ditafsirkan kepada tiga maksud iaitu al-‘Uluw (Tinggi), al-Irtifa’ (Meninggi) dan as-Shu’ud (Naik). Berkata Imam Ibnu Jarir ath-Thabari rahimahullah (310H) dalam kitab tafsirnya, Jami’ al-Bayan:
وأولى المعاني بقول الله جل ثناؤه: (ثم استوى إلى السماء فسواهن) على عليهن وارتفع فدبرهن بقدرته وخلقهن سبع سموات.
            Maksudnya:
Dan maksud yang paling utama terhadap firman Allah yang Maha Agung lagi Terpuji: (Kemudian Dia istiwa’ ke arah langit maka dijadikannya) ialah Tinggi di atasnya lagi Meninggi, kemudian mentadbirnya dengan Qudrat-Nya dan menjadikannya tujuh petala langit. [Jami’ al-Bayan ‘an at-Takwil ay al-Qur’an 1/267, tafsir ke atas surah al-Baqarah, ayat 29]
Justeru mentafsirkan al-Istiwa’ kepada selainnya seumpama istaula’ (menguasai) bukanlah merupakan pegangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah, khususnya generasi Salafus Soleh. Tetapi sebaliknya ia adalah akidahnya golongan al-Jahmiyyah sebagaimana yang diisyaratkan oleh Imam Ibnu Khuzaimah asy-Syafi’e rahimahullah (311H) sebelum ini. Diulangi kata-kata beliau rahimahullah:
فنحن نؤمن بخبر الله جل و علا أن خالقنا مستو على عرشه، لا نبدل كلام الله ولا نقول قول لا غير الذى قيل لنا كما قالت المعطلت الجهمية: إنه استولى على عرشه لا استوى.
Maksudnya:
Kami beriman dengan khabar dari Allah Jalla wa ‘Ala sesungguhnya Pencipta kami (Allah), Dia istiwa’ di atas ‘Arasy-Nya. Kami tidak akan mengganti / mengubah Kalam (firman) Allah dan kami tidak akan mengucapkan perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada kami sebagaimana (golongan) yang menghilangkan sifat-sifat Allah. Jahmiyyah telah berkata: “Sesungguhnya Dia (Allah) istaula’ (menguasai) ‘Arasy-Nya, tidak istiwa’.” [Kitab at-Tauhid wa Ithbat Sifat ar-Rabb ‘Azza wa Jalla, ms. 101.]
            Ia juga merupakan akidahnya golongan al-Muktazilah sebagaimana yang ditegaskan oleh Syaikh Abu al-Hasan al-Asy’ari rahimahullah (324H). Katanya:
وقالت المعتزلة أن الله استوى على عرشه بمعنى استولى
Maksudnya:
Dan berkata al-Muktazilah sesungguhnya Allah beristiwa’ di atas ‘Arsy-Nya dengan makna istaula’ (menguasai). [Maqalat al-Islamiyyin oleh Syaikh Abu al-Hasan al-Asy’ari, 1/284]
Adapun bait syair ‘Arab di atas, ia bukanlah dalil agama sehingga ia dijadikan sebagai hujah untuk membatalkan ayat-ayat al-Qur’an, hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih, atsar para sahabat serta ijmak (kesepakatan) Salafus Soleh yang menetapkan sifat al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy-Nya.
Sungguh menghairankan apabila seseorang yang mengaku Islam sebagai agamanya namun pada masa yang sama menjadikan selain al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai rujukan dan panduannya dalam memahami dan mempraktikkan ajaran Islam. Lebih menghairankan lagi apabila dia menjadikan selain al-Qur’an sebagai hujah untuk menentang sifat-sifat khabariyyah yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya! La hawla wala quwwata illa billah!

Kekeliruan # 5:
Perkataan mereka: “Allah wujud tanpa bertempat adalah akidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang sebenar-benarnya.”

Pelurusan:
Perkataan tersebut adalah dusta. Apa yang benar, ia merupakan akidah golongan sesat seperti al-Jahmiyyah dan al-Muktazilah yang sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang gemar mendahulukan akal di atas al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih.
Benar bahawa Allah tidak bertempat kerana sifat bertempat bukanlah merupakan sifat-Nya. Malah perkataan ‘tempat’ itu sendiri tidak disebutkan di dalam al-Qur’an mahupun hadis Nabi yang sahih. Akan tetapi menetapkan lafaz ‘Allah wujud tanpa bertempat’ dan meyakininya sebagai salah satu sifat Allah yang wajib diimani memiliki beberapa kerosakan yang amat berat, antaranya:
1.      Syirik kerana menyerupakan Allah dengan sesuatu selain-Nya.
Tidak bertempat merupakan sifat al-ma’dum, iaitu sesuatu yang tidak wujud. Oleh yang demikian, menetapkan sifat tidak bertempat kepada Allah bererti menyamakan Allah dengan al-ma’dum. Ini jelas merupakan satu kesyirikan kerana menyamakan Allah (tasybih) dengan sesuatu selain-Nya.
2.      Membuka pintu kepada amalan takfir (kafir-mengkafir) dan pembatalan sifat Allah (ta’thil)
Akibat daripada penetapan sifat ‘Allah wujud tanpa bertempat’, wujud golongan tertentu yang ingkar kepada sifat-sifat Allah dengan mudah akan mengkafirkan sesiapa sahaja yang menetapkan sifat-sifat Allah seperti sifat al-‘Uluw (ketinggian), al-Istiwa’ dan sebagainya. Senario ini membenarkan lagi perkataan Jarir bin ‘Abd al-Hamid rahimahullah tatkala beliau berbicara mengenai ciri-ciri golongan al-Jahmiyyah:
كَلَامُ الجهمية أَوَّلُهُ عَسٌل وَآخِرُهُ سُمٌّ وَإِنَّمَا يُحَاوِلُوْنَ أَنْ يَقُوْلُوْا لَيْسَ فِيْ السَّمَاءِإِلَهٌ.
Maksudnya:
Perkataan al-Jahmiyyah awalnya adalah madu dan akhirnya adalah racun. Mereka hanyalah berusaha untuk mengatakan bahawasanya tidak ada Tuhan di atas langit. [al-‘Uluw li al-‘Aliy al-Ghaffar,  ms. 149]
Wahb bin Jarir rahimahullah berkata:
إِنَّمَا يُرِيْدُ الْجِهْمِيَّةُ أَنَّهُ لَيْسَ فِيْ السَّمَاءِ شَيْءٌ.
Maksudnya:
            Sesungguhnya al-Jahmiyyah menginginkan bahawasanya tidak ada di atas langit sesuatu pun. [Itsbat Sifat al-‘Uluw, ms. 118]
3.      Lambang sikap biadap kepada Allah dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Mereka yang menetapkan sifat ‘Allah wujud tanpa bertempat’ dan menjadikannya sebagai salah satu dasar dalam akidah Islam merupakan orang-orang  yang biadab terhadap Allah dan Rasul-Nya.  Dikatakan biadap kerana:
·         Pertama: Mereka telah menyifatkan Allah dengan sesuatu yang tidak disifatkan oleh Allah dan Rasulullah ke atas diri-Nya. Ini termasuk dalam perbuatan yang mendahului Allah dan Rasul-Nya. perbuatan ini amat dicela oleh agama:
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#qãBÏds)è? tû÷üt/ Äytƒ «!$# ¾Ï&Î!qßuur ( (#qà)¨?$#ur ©!$# 4 ¨bÎ) ©!$# ììÏÿxœ ×LìÎ=tæ ÇÊÈ  
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya. Bertakwalah, sesungguhnya Allah Maha Medengar lagi Maha Mengetahui. [Surah al-Hujurat, ayat 1]
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (241H) berkata:
لَا يُوْصَفُ اللهُ إِلَّا بِمَا وَصَفَ بِهِ نَفْسَهُ، أَوْ وَصَفَ بِهِ رَسُوْلُهُ، لَا يَتَجَاوَزُ الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ.
Maksudnya:
Allah tidak disifatkan kecuali dengan sifat yang telah Dia sebutkan sendiri atau disifatkan oleh Rasul-Nya dan tidak menyelisihi al-Qur’an dan al-Hadis. [Syarh al-‘Aqidah al-Washitiyyah oleh Syaikh Muhammad Soleh al-‘Utsaimin, ms. 48]
Imam Ibnu Hazm rahimahullah (456H) menegaskan:
ولا يحل لأحد أن يسمي الله عز وجل بغير ما سمى به نفسه ولا أن يصفه بغير ما أخبربه تعالى عن نفسه.
Maksudnya:
      Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk menggelar Allah ‘Azza wa Jalla selain daripada apa yang telah Dia menamakan diri-Nya dengannya dan tidak (dihalalkan) untuk menyifatkan-Nya selain daripada apa yang telah Dia khabarkan tentang diri-Nya. [al-Muhalla bi al-Atsar (tahqiq oleh ‘Abdul Ghaffar Sulaiman), 1/49]
·         Kedua: Mereka telah berbicara mengenai Allah tanpa dalil. Sikap golongan ini juga dicela oleh agama sebagaimana firman-Nya:
ô`yJsù ÞOn=øßr& Ç`£JÏB 3uŽtIøù$# n?tã «!$# $\/ÉŸ2 ¨@ÅÒãÏj9 }¨$¨Z9$# ÎŽötóÎ/ AOù=Ïæ 3
Maksudnya:
Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang membuat dusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia tanpa pengetahuan? [Surah al-An’am, ayat 144]
4.      Bukti kecelaruan akidah.
Orang-orang yang berpegang kepada akidah ‘Allah wujud tanpa bertempat’ sebenarnya adalah golongan yang bingung dan celaru dalam memahami akidah dan keyakinannya terhadap Allah. Bagaimana tidak dikatakan bingung dan celaru,  mereka menganggap sesuatu tidak wujud di mana-mana, tetapi pada waktu yang sama mereka mendakwanya sebagai wujud?

Kekeliruan #6:
Perkataan mereka: “Jika dikatakan Allah beristiwa’ Arasy di atas langit, di manakah Allah beristiwa’ sebelum kejadian makhluk-Nya?”

Pelurusan:
Sikap seorang mukmin apabila sampai kepadanya firman Allah dan sabda Rasul-Nya ialah dengar dan taat, bukan mempertikaikan apalagi mempermainkannya. Allah dan Rasul-Nya menjelaskan kepada kita umat Islam bahawa Allah beristiwa’ di atas ‘Arasy-Nya di atas langit, maka sikap kita ialah beriman dan taslim (menerima dan patuh) kepadanya. Imam Muhammad bin Syihab az-Zuhri rahimahullah (124H) berkata:
مِنَ اللهِ الرِّسَالَةُ، وَعَلَى الرَّسُوْلِ الْبَلَاغُ، وَعَليْنَا التَّسْلِيْمُ.
Maksudnya:
Dari Allah (datangnya) risalah (Islam), sementara tugas Rasul adalah menyampaikan (risalah tersebut), sedangkan kewajipan kita adalah taslim (menerima dan patuh). [Syarh as-Sunnah oleh Imam al-Baghawi 1/217]
Sebahagian Salaf berkata:
قَدَمُ الْاِسْلَامِ لَا تَثْبُتُ إِلَّا عَلَى قَنْطَرَةِ التَّسْلِيْمِ.
Maksudnya:
Pijakan Islam tidak akan kukuh kecuali di atas jambatan taslim. [‘Aqidatus Salaf Ash-habil Hadith karya Imam Abu ‘Utsman Isma’il bin ‘Abdir Rahman ash-Shabuni, no. 91]
Soalan yang hanya berdasarkan logik akal seumpama di atas dilihat tidak jauh berbeza dengan soalan-soalan yang berpotensi merosakkan akidah seperti berikut:
Benarkah Allah itu Tuhan?
Siapakah yang melantik-Nya menjadi Tuhan?
Sejak bila Dia dilantik menjadi Tuhan?
Apakah ciri-ciri yang melayakkan-Nya untuk menjadi Tuhan?
             
            Justeru tiada jalan lain untuk selamat dari jalan kesesatan melainkan hendaklah kita beriman, tunduk dan patuh sepenuhnya kepada semua yang dikhabarkan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya, Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Untuk itu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berpesan agar:
            تَفَكَّرُوْا فِيْ خَلْقِ اللهِ، وَلَا تَفَكَّرُوا فِي اللهِ.
Maksudnya:
          Fikirkanlah tentang ciptaan Allah dan janganlah berfikir tentang Allah. [Lihat Silsilah al-Ahadith ash-Shahihah, no.1788]
          Sabdanya lagi:
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْتِي أَحَدَكُمْ فَيَقُولُ مَنْ خَلَقَ السَّمَاءَ فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فَيَقُولُ مَنْ خَلَقَ الْأَرْضَ فَيَقُولُ اللَّهُ فَيَقُولُ مَنْ خَلَقَ اللَّهَ فَإِذَا أَحَسَّ أَحَدُكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ هَذَا فَلْيَقُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ وَبِرُسُلِهِ
Maksudnya:
            Sesungguhnya Syaitan mendatangi salah seorang di antara kamu, lalu dia berkata: “Siapakah yang menciptkan langit?”, orang itu menjawab: “Allah ‘Azza wa Jalla.” Lalu dia (Syaitan) berkata: “Siapakah yang menciptakan bumi?”, orang itu menjawab: “Allah.”            Lalu dia (Syaitan) bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan Allah?,” maka jika salah seorang di antara kamu merasakan hal serupa ini, hendaknya dia mengatakan: “Aku beriman kepada Allah dan kepada Rasul-Nya.” [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad, no.8026. Lihat Shahih al-Jami’, no.2536]

Bagi perbincangan yang lebih mendalam, sila rujuk:
1.    ‘Aqidatus Salaf wa Ash-habil Hadits karya Imam Abu ‘Utsman Isma’il bin ‘Abdir Rahman ash-Shabuni. Bagi edisi terjemahan, lihat Aqidah yang Membawa ke Syurga oleh Ustaz Abid bin Muhammad Noor (Karya Bestar Sdn Bhd, Selangor).
2.    Ketinggian Allah Di Atas Makhluk-Nya: Bantahan Terhadap Abu Salafy karya Ustaz Firanda Andirja Abidin, )Nashirussunah, Jakarta Timur(.
3.    Di Mana Allah? Pertanyaan Penting Yang Terbaikan! karya Ustaz Abu Ubaidah Yusuf Mukhtar as-Sidawi (Media Tarbiyah, Jawa Barat).
4.    Di Mana Allah? karya Mohd Hairi Nonchi (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru).
5.    Al-Masa-il (Masalah-Masalah Agama) karya Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat, lihat jilid 1 pada Masalah 8: Di Mana Allah? (Darus Sunnah, Jakarta Timur).
  1. Syarhus Sunnah karya Imam al-Muzani. Bagi edisi terjemahan, lihat Syarhus Sunnah Akidah Imam al-Muzani karya Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi (Pustaka Ilmu Salaf Resources, Selangor)

7.    Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah: 73 Penilaian Semula Ke Atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari karya Hafiz Firdaus Abdullah (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru).